29 JANUARI 2011
Jam 2.45 pagi,rumah aku diketuk seseorang dengan kuat...ia mengejutkan aku dan abg....angah datang bg tau abah da meninggal dunia setengah jam sudah....genap 1 tahun 10 hari mak pergi meninggalkan dunia ini..abah pula menyusul...Ya Allah...besarnya ujian ni...dalam 3 taun...6 kematian keluarga berturut...pada 2009 februari, nenek meninnggal..november, cintan pula meninnggal...taun 2010 pula, 19 januari mak meninggal..februari cunan pula menyusul....dan tuk 2011, 1 januari anak aku keguguran,29 januari abah pula menyusul....Ya Allah,tabah hati ku ya Allah...aku terima ujian mu ini dengan redho ya Allah....
diana_annadwah
Tuesday, February 1, 2011
Monday, January 3, 2011
AKU KEGUGURAN
Dalam keseronokan aku ingin menimang cahaya mata...aku di duga tuhan....tanggal 1/1/11 aku sakit pinggang...aku rehat untuk tidur...masa aku tidur,aku didatangi arwah ibu tersayang...dia usap perut ku...aku tersedar dari tidur...aku bangun nak buang air kecil....Ya Allah...darah melimpah keluar dengan banyak nyer...aku rasa nak pitam...aku jerit panggil suami ku...darah lebih laju keluar dari air kencing ku...aku ketakutan...
Aku di scan...janin memanjang menghala keluar rahim.... aku diberi penerangan yang aku akan gugur....masyaallah...nak pitam aku rasa...aku diberi ubt tahan sakit...hampir 4 jam aku kesakitan,sama macam org nak beranak....aku rasa darah keluar mencurah laju...xlama kemudian keluar seketul dari rahim aku,,,ape tu? aku intai...rupanya janin x pecah keluar lengkap bersama karung dan air ketubannya....maka keguguran lah aku hari itu...
Aku berada di hospitan selama 2 hari...dalam kesedihan yang aku alami ini membuatkan aku rasa terkilan dengan kehilangan anak yg pertama....aku tenangkan hati...aku berdoa agar Allah beri aku kekuatan...mungkin ada hikmah disebaliknya...aku pasrah....aku redho.....

TANDA-TANDA KEGUGURAN
Gejala dan tanda keguguran termasuk:
- Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
- Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
- Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.
Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:
- Usia terutama 35 tahun keatas
- Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
- Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
- Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
- Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
- Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
- Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
- Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
- Pernah hamil dengan anak cacat
- Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
- Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
- Usia suami lebih dari 40 tahun
- Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
- Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
- Gigitan ular
- Meminum cafin secara berlebihan
- Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling
- Terdedah kepada Komputer monitor
- Hubungan seks
- Senaman
Keguguran berulang ialah apabila wanita mengalami 3 atau lebih keguguran berturut-turut. Kebanyakan berlaku pada peringkat awal hamil. Ia sesuatu yang sangat sukar diterima oleh pasangan kerana selalunya keguguran ini tidak dapat dipastikan dengan jelas sebab kenapa ia berlaku. Walaupun keguguran adalah sesuatu yang sangat menyedihkan, ia sebenarnya terjadi lebih kerap dari apa yang kita jangka.
Pada kenyataannya, lebih daripada 25% kehamilan berakhir dengan keguguran terutamanya pada trimester pertama. Besar kemungkinan yang angka tersebut lebih tinggi. Ini kerana kebanyakan kandungan gugur berlaku sebelum wanita sempat menyedari mereka sebenarnya hamil. Kadar keguguran sebenar mungkin melebihi 50% dari keseluruhan mereka yang hamil.
Keguguran berulang adalah sangat jarang berlaku. Dianggarkan yang 5% pasangan akan mengalami 2 kali keguguran berturut-turut manakala 2% pula mengalami 3 kali keguguran berturut turut.
Siapakah yang berisiko untuk keguguran berulang ini?
Sesiapapun boleh mengalami keguguran berulang ini tetapi terdapat faktor faktor tertentu yang meninggikan risiko anda termasuklah:Pernah gugur sebelumnya
Mereka yang mengalami 2 kali keguguran sebelumnya mempunyai 25% risiko untuk mendapat keguguran ketiga. Walau bagaimanpun bagi mereka yang cuma gugur sekali, risiko anda sama dengan mereka yang tidak pernah gugur.Usia
Usia memainkan peranan penting terhadap peluang anda untuk hamil. Mereka yang berusia lebih dari 30 tahun lebih berisiko untuk mengalami keguguran, risikonya akan menjadi lebih tinggi sekiranya usia semakin bertambah.Gaya hidup
Gaya hidup seperti merokok, meminum alkohol dan mengambil dadah meninggikan risiko anda untuk gugur berulang kali.Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.
Sebab keguguran
Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.Risiko keguguran
Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu:Pemakanan yang tidak sihatMerokokHorman yang tidak seimbangJangkitan kumanMasalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.Terdedah pada radiasi dengan banyakMengambil ubatan yang memudaratkan bayiDemam yang tersangat panasRahim yang tidak normalBila perlu berjumpa doktor?
Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :- Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
- Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
- Pendarahan yang berketul-ketulSakit perut berpanjangan
- Keluar lendir yang berbau dari faraj
- Demam melebihi 38 darjah C
- Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
- Jangan gunakan tampon
- Jangan douche vagina anda
- Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
- Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran
- Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.
Dilatation and Curettage (D&C)
Prosedur ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu dari hasilan kehamilan tertinggal di dalam rahim. Sekira ia tidak dikeluarkan, pendarahan atau jangkitan kuman mungkin akan berlaku. Aktiviti harian boleh diteruskan semula sekiranya anda merasa sihat. Tanya doktor anda untuk sebarang aktiviti yang lebih lasak.Hamil selepas gugur
Dicadangkan agar anda menunggu sekurang-kurang 2 bulan sebelum anda merancang untuk hamil semula. Ini akan memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.Thursday, December 30, 2010
turun darah...
29/12/2010.....
Ya Allah...terkejut aku bila tgk darah turun....perut xde la sakit....tapi kenapa ni?....aku cemas...dalam saat menantikan cahaya mata pertama ini...aku diduga Allah dengan dugaan ini....2 hari lepas ms buat ultra sound,misi tu kata xdengar bib baby....bila wat scan plk...dok kata x nmampak janin...padahal aku da 3 bulan mengandung...
Bila dalam keadaan cemas begini,cepat2 aku kol abg....alhamdulillah suami aku paham keadaanku....dalam waktu kerja,dia balik dan membawa ku ke hospital....dok wat pemeriksaan....huh sakit...pastu pakar sakit puan datang...dia wat scan sekali lg....alhamdulillah....aku nampak janin ku....comel....masih kecil lagi....denyutan pun nampak....dokto kata,kandunganku sihat....pendarahan mungkin disebabkan aku buat kerja2 berat....aku dan suami tersenyum kesyukuran....x sabar menunggu saat kelahiran anak ku ini...
Aku berdoa,anak ku ini akan menjadi anak yg soleh..taat [pada perintah Allah dan rasul...hormat dan sayang ibu dan baba yang sentiasa menyayangi dan menanti saat kelahiran mu sayang....

Monday, December 13, 2010
PROSES KEJADIAN MANUSIA
PERINGKAT SATU
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
A- Sperma B-Sperma menembusi ovum
Firman Allah yang bermaksud
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.
Firman Allah yang bermaksud
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang,
telinga dan
anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah
terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini
mempunyai
saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk
perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak
lagi
kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.
Menjelang
tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
Firman Allah yang bermaksud :
Kemudian pada minggu ketujuh
terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan
usus ,
seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak
dengan
itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung
dan juga
ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan,
kalenjar,
hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk
dengan
lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga
mata,
telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya
telah
sempurna dan lengkap.
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
A- Sperma B-Sperma menembusi ovum
PERINGKAT
KEDUA
ALAQAH : Peringkat
pembentukan alaqah
ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang
ketujuh
telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim
(qarar
makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.Firman Allah yang bermaksud
"
Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
- sesuatu yang bergantung atau melekat
- pacat atau lintah
- suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.
PERINGKAT
KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah
dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut
sebanyak
dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah
al-Mukminun ayat 14Firman Allah yang bermaksud
"lalu
Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun :
14
PERINGKAT
KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada
peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah
peringkat
pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila
tulang
belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka
tersebut.Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu
Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami
membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun :
14
Janin
pada usia 12 minggu
PERINGKAT
KELIMA
NASY'AH
KHALQAN AKHAR
: Pada peringkat ini iaitu
menjelang
minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada
tahap ini
bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan
ketiga,
semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya
pun
mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup
lengkap
menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk
menyempurnakan
semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku
tetapi
perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
Janin
mendapat
makanan melalui uri
PERINGKAT
KE ENAM
NAFKHUR-RUH :
Iaitu
peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh
ditiupkan
ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat
mengatakan
peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas
terbentuknya
organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka
telah pun
bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim
perkembangan mereka
bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun
mempunyai
hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana
yang
disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.
Dengan ini
entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan
martabat dan
kejadian insan disisi Allah s.w.t
TERFIKIRKAH AKAN UNIKNYA KEJADIAN KITA ?
Tuesday, December 7, 2010
SERIKANDI SOLEHAH
Kiranya
daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami
Pengembang perjuangan di S A Y A P K I R I
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan ALLAH

Namun
Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Biarku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya…

Dan
sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Atau sesuci Maryam...seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun
daku bukan ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat ALLAH
Namun...
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid mujahidah yang rindu memburu syahid
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat ALLAH
Namun...
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid mujahidah yang rindu memburu syahid
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Subscribe to:
Posts (Atom)