Thursday, December 30, 2010

turun darah...

29/12/2010.....
        Ya Allah...terkejut aku bila tgk darah turun....perut xde la sakit....tapi kenapa ni?....aku cemas...dalam saat menantikan cahaya mata pertama ini...aku diduga Allah dengan dugaan ini....2 hari lepas ms buat ultra sound,misi tu kata xdengar bib baby....bila wat scan plk...dok kata x nmampak janin...padahal aku da 3 bulan mengandung...
          Bila dalam keadaan cemas begini,cepat2 aku kol abg....alhamdulillah suami aku paham keadaanku....dalam waktu kerja,dia balik dan membawa ku ke hospital....dok wat pemeriksaan....huh sakit...pastu pakar sakit puan datang...dia wat scan sekali lg....alhamdulillah....aku nampak janin ku....comel....masih kecil lagi....denyutan pun nampak....dokto kata,kandunganku sihat....pendarahan mungkin disebabkan aku buat kerja2 berat....aku dan suami tersenyum kesyukuran....x sabar menunggu saat kelahiran anak ku ini...
          Aku berdoa,anak ku ini akan menjadi anak yg soleh..taat [pada perintah Allah dan rasul...hormat dan sayang ibu dan baba yang sentiasa menyayangi dan menanti saat kelahiran mu sayang....


Monday, December 13, 2010

PROSES KEJADIAN MANUSIA

PERINGKAT SATU
     NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

       Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

         Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
               Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
             

A- Sperma                                 B-Sperma menembusi ovum

PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
                                                                 al-Mukminun : 14
         Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.

 PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14

      Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

 PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
       
   Janin pada usia 12 minggu

PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Janin mendapat makanan melalui uri

 PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t
                         
TERFIKIRKAH  AKAN UNIKNYA KEJADIAN KITA ?

Tuesday, December 7, 2010

Min qalbi ...



SERIKANDI SOLEHAH

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami
Pengembang perjuangan di S A Y A P  K I R I
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan ALLAH
Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Biarku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya…
Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Atau sesuci Maryam...seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun daku bukan ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat ALLAH
Namun...
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid mujahidah yang rindu memburu syahid
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman

Monday, December 6, 2010

Alangkah peliknya kita......




Pelik ya,
duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.








Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama utk berzikir tp betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi.







Pelik ya,
betapa lamanya 1 jam berada di masjid, tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.






Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat, dah rasa jemu tp tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.






Pelik ya,
dengar iklan jualan murah dlm tv, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah, tp dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.




Pelik ya,
pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi, tp masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak.


Pelik ya,
susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tp betapa mudahnya cari bhn bersembang dgn kawan-kawan.


Pelik ya,
betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jd kegemaran kita, tp betapa bosannya bila imam solat Terawih bln Ramadan bacaannya lama dan panjang.





Pelik ya,
rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran walau satu halaman, tp majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.




Pelik ya,
ramai org berebut paling depan utk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.




Pelik ya,
susahnya org mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.




Pelik ya,
kita begitu percaya pada yg dikatakan di email yg layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.




Pelik ya,
kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email, tapi bila mengirim yg berkaitan dgn ibadah berfikir dua tiga kali.






Pelik tak kita.....?
Tepuk dada ...... tanyalah hati dan iman. Renungkanlah...........

salamat hari lahir diana


Sep 6, 2006

   Malam tadi....tepat jam 12....genap umur aku 23 taun.Sedar x sedar,da tua da aku...rasa cam nangis pun ade bila usia makin meningkat....amalan sikit sangat...entah2 esok lusa aku diseru ilahi.....banyak kenangan sepanjang aku hidup....ade kenangan manis,kenangan pahit,menyedihkan,gembira semua ade....
   Mak,Abah.....timer kasih besarkan diana dengan penuh kasih sayang....mak ngan abah tunggak kekuatan aku...dari aku kecik...sampai besar...dari mak ngan abah sihat,,,,sampai mk ngan abh sakit sekarang....jasa mk ngan abh  sgt2 aku hargai....mak terlalukuat......jaga abah yg tengah sakit....dalam keadaan mak jugak ngah sakit...."YA ALLAH...KAU RAHMATI LAH KEDUA IBU BAPA KU"
arini byk aku dapat hadiah dari kawan2,,,,adik angkat kesayanganku pun bg....timer kasih sumer sebab ingat kat besday aku....terharu rasanya...


Antara Pegang Awek & Pegang Anjing





LEMBU:  Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg 

tak kena je? 




ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit 

manusia tadi. 




LEMBU : eh? kenapa ? 




ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki 

dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki 
terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi 
anjing , pergi jauh-jauh, najis!". 




LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat 

bagi manusia. Biasalah tu . 




ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia 

tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh 
dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak 
samak dosa? 




LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan 

mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat 
kenajisannya daripada memegang ko anjing, 
malah tak boleh suci sekalipun di samak. 




ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la... 

manusia kena ubah pepatah "Pandai macam 
LEMBU" 







Sedikit Penjelasan: 

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada
ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan 

dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik 
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) 
dengan wanita yang bukan mahram?. 

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi 
bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib 

bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan 
menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya 
perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing 
bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. 
Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah 
berdosa dan merupakan maksiat. 

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang 
maksudnya: Sesungguhnya kepala yang ditusuk 

dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh 
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal 
baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)