29/12/2010.....
Ya Allah...terkejut aku bila tgk darah turun....perut xde la sakit....tapi kenapa ni?....aku cemas...dalam saat menantikan cahaya mata pertama ini...aku diduga Allah dengan dugaan ini....2 hari lepas ms buat ultra sound,misi tu kata xdengar bib baby....bila wat scan plk...dok kata x nmampak janin...padahal aku da 3 bulan mengandung...
Bila dalam keadaan cemas begini,cepat2 aku kol abg....alhamdulillah suami aku paham keadaanku....dalam waktu kerja,dia balik dan membawa ku ke hospital....dok wat pemeriksaan....huh sakit...pastu pakar sakit puan datang...dia wat scan sekali lg....alhamdulillah....aku nampak janin ku....comel....masih kecil lagi....denyutan pun nampak....dokto kata,kandunganku sihat....pendarahan mungkin disebabkan aku buat kerja2 berat....aku dan suami tersenyum kesyukuran....x sabar menunggu saat kelahiran anak ku ini...
Aku berdoa,anak ku ini akan menjadi anak yg soleh..taat [pada perintah Allah dan rasul...hormat dan sayang ibu dan baba yang sentiasa menyayangi dan menanti saat kelahiran mu sayang....
Thursday, December 30, 2010
Monday, December 13, 2010
PROSES KEJADIAN MANUSIA
PERINGKAT SATU
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
A- Sperma B-Sperma menembusi ovum
Firman Allah yang bermaksud
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.
Firman Allah yang bermaksud
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang,
telinga dan
anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah
terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini
mempunyai
saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk
perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak
lagi
kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.
Menjelang
tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
Firman Allah yang bermaksud :
Kemudian pada minggu ketujuh
terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan
usus ,
seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak
dengan
itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung
dan juga
ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan,
kalenjar,
hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk
dengan
lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga
mata,
telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya
telah
sempurna dan lengkap.
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
A- Sperma B-Sperma menembusi ovum
PERINGKAT
KEDUA
ALAQAH : Peringkat
pembentukan alaqah
ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang
ketujuh
telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim
(qarar
makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.Firman Allah yang bermaksud
"
Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
- sesuatu yang bergantung atau melekat
- pacat atau lintah
- suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.
PERINGKAT
KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah
dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut
sebanyak
dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah
al-Mukminun ayat 14Firman Allah yang bermaksud
"lalu
Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun :
14
PERINGKAT
KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada
peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah
peringkat
pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila
tulang
belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka
tersebut.Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu
Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami
membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun :
14
Janin
pada usia 12 minggu
PERINGKAT
KELIMA
NASY'AH
KHALQAN AKHAR
: Pada peringkat ini iaitu
menjelang
minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada
tahap ini
bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan
ketiga,
semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya
pun
mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup
lengkap
menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk
menyempurnakan
semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku
tetapi
perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
Janin
mendapat
makanan melalui uri
PERINGKAT
KE ENAM
NAFKHUR-RUH :
Iaitu
peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh
ditiupkan
ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat
mengatakan
peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas
terbentuknya
organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka
telah pun
bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim
perkembangan mereka
bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun
mempunyai
hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana
yang
disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.
Dengan ini
entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan
martabat dan
kejadian insan disisi Allah s.w.t
TERFIKIRKAH AKAN UNIKNYA KEJADIAN KITA ?
Tuesday, December 7, 2010
SERIKANDI SOLEHAH
Kiranya
daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami
Pengembang perjuangan di S A Y A P K I R I
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan ALLAH
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami
Pengembang perjuangan di S A Y A P K I R I
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan ALLAH
Namun
Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Biarku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya…
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Biarku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya…
Dan
sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Atau sesuci Maryam...seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Atau sesuci Maryam...seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun
daku bukan ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat ALLAH
Namun...
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid mujahidah yang rindu memburu syahid
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat ALLAH
Namun...
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid mujahidah yang rindu memburu syahid
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Monday, December 6, 2010
Alangkah peliknya kita......
duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Pelik
ya,
30
minit terasa terlalu lama utk berzikir tp betapa pendeknya waktu utk satu
cerita komedi.
Pelik ya,
betapa lamanya 1 jam berada di masjid, tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.
Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat, dah rasa jemu tp tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.
Pelik ya,
dengar iklan jualan murah dlm tv, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah, tp dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.
Pelik
ya,
pasar
mlm jauh sanggup naik kereta pergi, tp masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak.
Pelik
ya,
susah
sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tp betapa
mudahnya cari bhn bersembang dgn kawan-kawan.
Pelik
ya,
betapa
seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jd kegemaran
kita, tp betapa bosannya bila imam solat Terawih bln Ramadan bacaannya lama dan
panjang.
Pelik
ya,
rasa
susah sungguh utk habiskan al-Quran walau satu halaman, tp majalah hiburan dan
novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
Pelik
ya,
ramai
org berebut paling depan utk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari
saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Pelik
ya,
susahnya
org mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya org menyertai dan menyebar
gossip.
Pelik
ya,
kita
begitu percaya pada yg dikatakan di email yg layang di internet, tapi sering
mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.
Pelik
ya,
kita
boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email, tapi bila mengirim
yg berkaitan dgn ibadah berfikir dua tiga kali.
Pelik tak kita.....?
Tepuk dada ...... tanyalah hati dan iman. Renungkanlah...........
salamat hari lahir diana
Sep 6, 2006
Malam tadi....tepat jam 12....genap umur aku 23 taun.Sedar x sedar,da tua da aku...rasa cam nangis pun ade bila usia makin meningkat....amalan sikit sangat...entah2 esok lusa aku diseru ilahi.....banyak kenangan sepanjang aku hidup....ade kenangan manis,kenangan pahit,menyedihkan,gembira semua ade....
Mak,Abah.....timer kasih besarkan diana dengan penuh kasih sayang....mak ngan abah tunggak kekuatan aku...dari aku kecik...sampai besar...dari mak ngan abah sihat,,,,sampai mk ngan abh sakit sekarang....jasa mk ngan abh sgt2 aku hargai....mak terlalukuat......jaga abah yg tengah sakit....dalam keadaan mak jugak ngah sakit...."YA ALLAH...KAU RAHMATI LAH KEDUA IBU BAPA KU"
arini byk aku dapat hadiah dari kawan2,,,,adik angkat kesayanganku pun bg....timer kasih sumer sebab ingat kat besday aku....terharu rasanya...
Posted at 05:12 am by dianaannadwah (http://dianaannadwah.blogdrive.com/)
Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg
tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit
manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki
dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki
terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi
anjing , pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat
bagi manusia. Biasalah tu .
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia
tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh
dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak
samak dosa?
LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan
mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat
kenajisannya daripada memegang ko anjing,
malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
LEMBU"
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada
ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan
dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)
dengan wanita yang bukan mahram?.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi
bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib
bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan
menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya
perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing
bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah
berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang
maksudnya: Sesungguhnya kepala yang ditusuk
dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
Subscribe to:
Posts (Atom)