Monday, January 3, 2011

TANDA-TANDA KEGUGURAN

Gejala dan tanda keguguran termasuk:

  • Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  • Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  • Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
    Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:

  • Usia terutama 35 tahun keatas
  • Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
  • Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
  • Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
  • Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
  • Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
  • Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
  • Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
  • Pernah hamil dengan anak cacat
  • Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
  • Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
  • Usia suami lebih dari 40 tahun
Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:
  • Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
  • Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
  • Gigitan ular
  • Meminum cafin secara berlebihan
  • Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling
Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:
  • Terdedah kepada Komputer monitor
  • Hubungan seks
  • Senaman
Tiada yang lebih menyedihkan dari mengalami keguguran semasa hamil. Keguguran boleh menyebabkan fizikal dan mental kita terganggu dengan teruk. Kadang-kadang sangat susah untuk menerima kenyataan yang kita mengalami keguguran, apatah lagi sekiranya ia terjadi berulang kali.
Keguguran berulang ialah apabila wanita mengalami 3 atau lebih keguguran berturut-turut. Kebanyakan berlaku pada peringkat awal hamil. Ia sesuatu yang sangat sukar diterima oleh pasangan kerana selalunya keguguran ini tidak dapat dipastikan dengan jelas sebab kenapa ia berlaku. Walaupun keguguran adalah sesuatu yang sangat menyedihkan, ia sebenarnya terjadi lebih kerap dari apa yang kita jangka.
Pada kenyataannya, lebih daripada 25% kehamilan berakhir dengan keguguran terutamanya pada trimester pertama. Besar kemungkinan yang angka tersebut lebih tinggi. Ini kerana kebanyakan kandungan gugur berlaku sebelum wanita sempat menyedari mereka sebenarnya hamil. Kadar keguguran sebenar mungkin melebihi 50% dari keseluruhan mereka yang hamil.
Keguguran berulang adalah sangat jarang berlaku. Dianggarkan yang 5% pasangan akan mengalami 2 kali keguguran berturut-turut manakala 2% pula mengalami 3 kali keguguran berturut turut.

Siapakah yang berisiko untuk keguguran berulang ini?

Sesiapapun boleh mengalami keguguran berulang ini tetapi terdapat faktor faktor tertentu yang meninggikan risiko anda termasuklah:

Pernah gugur sebelumnya

Mereka yang mengalami 2 kali keguguran sebelumnya mempunyai 25% risiko untuk mendapat keguguran ketiga. Walau bagaimanpun bagi mereka yang cuma gugur sekali, risiko anda sama dengan mereka yang tidak pernah gugur.

Usia

Usia memainkan peranan penting terhadap peluang anda untuk hamil. Mereka yang berusia lebih dari 30 tahun lebih berisiko untuk mengalami keguguran, risikonya akan menjadi lebih tinggi sekiranya usia semakin bertambah.

Gaya hidup

Gaya hidup seperti merokok, meminum alkohol dan mengambil dadah meninggikan risiko anda untuk gugur berulang kali.
Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Sebab keguguran

Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Risiko keguguran

Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu:Pemakanan yang tidak sihatMerokokHorman yang tidak seimbangJangkitan kumanMasalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.Terdedah pada radiasi dengan banyakMengambil ubatan yang memudaratkan bayiDemam yang tersangat panasRahim yang tidak normal

Bila perlu berjumpa doktor?

Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :
  1. Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
  2. Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
  3. Pendarahan yang berketul-ketulSakit perut berpanjangan
  4. Keluar lendir yang berbau dari faraj
  5. Demam melebihi 38 darjah C
Selepas keguguran
  • Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
  • Jangan gunakan tampon
  • Jangan douche vagina anda
  • Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
  • Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran
  • Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.

Dilatation and Curettage (D&C)

Prosedur ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu dari hasilan kehamilan tertinggal di dalam rahim. Sekira ia tidak dikeluarkan, pendarahan atau jangkitan kuman mungkin akan berlaku. Aktiviti harian boleh diteruskan semula sekiranya anda merasa sihat. Tanya doktor anda untuk sebarang aktiviti yang lebih lasak.

Hamil selepas gugur

Dicadangkan agar anda menunggu sekurang-kurang 2 bulan sebelum anda merancang untuk hamil semula. Ini akan memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.
  

No comments:

Post a Comment